Twitter kini melancarkan beberapa sokongan baru pada perkhidmatan sosial mereka, salah satunya adalah sokongan untuk menghantar gambar melalui 'Direct Message' kepada rakan-rakan Twitter. Pihak Twitter juga turut mengemaskini aplikasi Android dan juga iPhone dengan sokongan untuk swipe ke kiri dan ke kanan untuk tujuan navigasi yang lebih pantas daripada Wall ke bahagian Activity dan lain-lain. Bagi pengguna Twitter, mereka boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Android dan iPhone dan mula menggunakan fungsi-fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.
Wednesday, 11 December 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment