Sunday, 8 December 2013



Menjerit
Salah satu tips tekanan yang terbukti berkesan menghindarinya ialah dengan menjerit. Dalam keadaan stress, kita akan merasakan ada sesuatu yang pelik di hati. Lepaskan sahaja perasaan itu dengan menjerit sekuatnya.

Berehat
Duduk saja berehat menghadap cermin. Kemudian tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan. Tapi jangan ditahan, terus keluarkan nafas itu dengan perlahan juga. Kesannya hati semakin tenang dan semakin menambah motivasi hidup.

Hobi
Cara termudah untuk menghadapi stress, adalah dengan melakukan hobi. Contohnya, bermain bola sepak, bermain gitar, atau mendengar lagu.

Membuat diri anda ketawa atau ceria
Artikel macam ini mungkin akan membuat anda sedikit tertekan. Membaca, mononton sesuatu yang lawak seperti 9Gag, Maharaja Lawak atau Parody di Youtube. Dengan cara ini mungkin boleh membuat anda tertawa dan menghilangkan strees yang disebabkan terlalu serius.

Berkongsi stress
Berkongsi stress kepada kawan atau keluarga tapi bukan memindahkan stress kepada mereka. Mereka mungkin boleh membantu anda jika mampu atau cukup hanya meluahkan sedikit stress itu.

Melihat sudut positif
Seperti kata-kata Albert einstein "Semua itu adalah relatif. Sesuatu yang menurut kamu buruk bukan bermakna orang lain akan menganggapnya buruk." Semua perkara memiliki sudut yang baik dan buruk. Jika kamu melihat sisi buruk maka itu adalah stres. Jika kamu melihat sisi baik itu adalah motivasi hidup.


Categories:

0 comments:

Post a Comment