Sunday, 8 December 2013



Diet yang Sihat
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Minum Air Secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tidur Berkualiti
Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Tangani Stress
Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Jangan Merokok
Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Penjagaan Kulit
Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Terapi Aromaterapi
Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.


Categories:

0 comments:

Post a Comment