Twitter kini melancarkan beberapa sokongan baru pada perkhidmatan sosial mereka, salah satunya adalah sokongan untuk menghantar gambar melalui 'Direct Message' kepada rakan-rakan Twitter. Pihak Twitter juga turut mengemaskini aplikasi Android dan juga iPhone dengan sokongan untuk swipe ke kiri dan ke kanan untuk tujuan navigasi yang lebih pantas daripada Wall ke bahagian Activity dan lain-lain. Bagi pengguna Twitter, mereka boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Android dan iPhone dan mula menggunakan fungsi-fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.
Wednesday, 11 December 2013
Posted by Muhd Afif Leo on Wednesday, December 11, 2013
with No comments so far
Permainan yang dibangunkan oleh Rovio 'Angry Birds Go' sedang dalam proses penerbitan pada Apple AppStore, Google Play, Windows Phone Store dan juga BlackBerry World. Walaupun ia ditawarkan secara percuma, namun ia hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi yang mungkin tidak begitu disukai para pengguna.
Posted by Muhd Afif Leo on Wednesday, December 11, 2013
with No comments so far
Facebook sedang mempertimbangkan untuk memberi penggunanya alternatif yang kurang gembira dengan pilihan butang 'Simpati'. Ramai orang mencari kemas kini status sedih dari seorang teman semasa menyemak imbas laman rangkaian sosial popular. Contohnya, bahawa mereka telah dipecat, kematian keluarga, beberapa peristiwa malang atau mungkin hanya hari yang buruk.Mereka mahu menunjukkan kepada orang yang mereka peduli itu, tetapi tidak tahu dia atau dia cukup baik untuk mengatakan apa-apa yang tidak berbunyi lapuk.Kemudian mereka melihat bahawa seseorang telah mungkin sengaja mengklik butang 'Suka'.Sekarang, likers ini akan berkata: ". Saya cuba untuk menunjukkan simpati, tetapi butang 'Suka' adalah satu-satunya pilihan saya" Terdapat banyak keadaan di mana 'Suka' adalah antitesis kepada rakyat jawapan yang cuba disampaikan apabila mereka terpaksa bertindak balas dengan pilihan yang terhad.
Sunday, 8 December 2013
Posted by Helisa Mustafa on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Menjerit
Salah satu tips tekanan yang terbukti berkesan menghindarinya ialah dengan menjerit. Dalam keadaan stress, kita akan merasakan ada sesuatu yang pelik di hati. Lepaskan sahaja perasaan itu dengan menjerit sekuatnya.
Berehat
Duduk saja berehat menghadap cermin. Kemudian tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan. Tapi jangan ditahan, terus keluarkan nafas itu dengan perlahan juga. Kesannya hati semakin tenang dan semakin menambah motivasi hidup.
Hobi
Cara termudah untuk menghadapi stress, adalah dengan melakukan hobi. Contohnya, bermain bola sepak, bermain gitar, atau mendengar lagu.
Membuat diri anda ketawa atau ceria
Artikel macam ini mungkin akan membuat anda sedikit tertekan. Membaca, mononton sesuatu yang lawak seperti 9Gag, Maharaja Lawak atau Parody di Youtube. Dengan cara ini mungkin boleh membuat anda tertawa dan menghilangkan strees yang disebabkan terlalu serius.
Berkongsi stress
Berkongsi stress kepada kawan atau keluarga tapi bukan memindahkan stress kepada mereka. Mereka mungkin boleh membantu anda jika mampu atau cukup hanya meluahkan sedikit stress itu.
Melihat sudut positif
Seperti kata-kata Albert einstein "Semua itu adalah relatif. Sesuatu yang menurut kamu buruk bukan bermakna orang lain akan menganggapnya buruk." Semua perkara memiliki sudut yang baik dan buruk. Jika kamu melihat sisi buruk maka itu adalah stres. Jika kamu melihat sisi baik itu adalah motivasi hidup.
Posted by Helisa Mustafa on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Diet yang Sihat
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Minum Air Secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
Tidur Berkualiti
Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
Tangani Stress
Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.
Jangan Merokok
Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
Penjagaan Kulit
Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.
Terapi Aromaterapi
Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.
Posted by Helisa Mustafa on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.
Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Posted by Mohd hafiszul Senen on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Arsenal
Pengurus Arsenal berminat meminjam pemain muda Real Madrid, Morata.
Manchester City
Sergio Aguero ingin keluar dari Manchester City pada pada penghujung musim ini dan akan berhijrah ke Barcelona.
Liverpool
Pengurus Liverpool meletakkan pemain mesin gol Burnley, Danny Ings dalam senarai pembelian mereka pada Januari ini.
Chelsea
Kevin De Bruyne bakal kembali ke Bundesliga secara pinjaman bagi menyelamatkan masa depan beliau untuk mendapat tempat di Piala Dunia Brazil.
Monaco menerima tawaran dari Chelsea mengenai penyerang Radamel Falcao dgn nilai £80m beserta Fernando Torres.
Manchester United
Newcastle, Cardiff, West Brom dan beberapa kelab lagi ingin mendapatkan Zaha secara pinjaman Januari nanti.
Manchester United ingin mendapatkan Jurulatih Dortmund, Jurgen Klopp bagi menggantikan Pengurus sekarang ini, David Moyes.
West Ham United
Pengurus West Ham menyasarkan penyerang veteran Inter Milan Diego Milito bagi memantapkan lagi bahagian serangan pasukan itu.
Pengurus Arsenal berminat meminjam pemain muda Real Madrid, Morata.
Manchester City
Sergio Aguero ingin keluar dari Manchester City pada pada penghujung musim ini dan akan berhijrah ke Barcelona.
Liverpool
Pengurus Liverpool meletakkan pemain mesin gol Burnley, Danny Ings dalam senarai pembelian mereka pada Januari ini.
Chelsea
Kevin De Bruyne bakal kembali ke Bundesliga secara pinjaman bagi menyelamatkan masa depan beliau untuk mendapat tempat di Piala Dunia Brazil.
Monaco menerima tawaran dari Chelsea mengenai penyerang Radamel Falcao dgn nilai £80m beserta Fernando Torres.
Manchester United
Newcastle, Cardiff, West Brom dan beberapa kelab lagi ingin mendapatkan Zaha secara pinjaman Januari nanti.
Manchester United ingin mendapatkan Jurulatih Dortmund, Jurgen Klopp bagi menggantikan Pengurus sekarang ini, David Moyes.
West Ham United
Pengurus West Ham menyasarkan penyerang veteran Inter Milan Diego Milito bagi memantapkan lagi bahagian serangan pasukan itu.
Posted by Muhd Afif Leo on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Untuk mencapai lebih ramai pengguna, Twitter dikatakan ingin menawarkan perkhidmatan mereka pada telefon tanpa sambungan internet. Twitter dikatakan akan bekerjasama dengan U2opia Mobile dalam menjayakannya dan pengguna hanya perlu menekan kod USSD khas untuk melihat topik-topik semasa di Twitter. U2opia menggunakan protokol telekom dinamakan USSD, atau Tidak Berstruktur Tambahan Perkhidmatan Data, yang tidak membenarkan melihat gambar-gambar, video atau grafik yang lain. U2opia terdapat di lebih 11 juta pengguna dan turut menawarkan akses ke Google Talk dan Facebook.
Posted by Muhd Afif Leo on Sunday, December 08, 2013
with No comments so far
Laptop MSI GT60 2OD-261US dengan skrin bersaiz 15.6 inci dan resolusi 2880×1620 pixel. Laptop ini turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7, memori 16GB DDR3 dan juga grafik GeForce GTX 780M. Juga membawakan gabungan ruangan storan 128GB SSD dan juga 1TB HD, turut dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8. Dengan paparan 3K pada komputer riba, ia semestinya digemari oleh pengemar permainan video kerana mampu memberikan kualiti paparan yang amat baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)