Twitter hari ini telah memperkenalkan sedikit kemaskini pada antaramuka web mereka, dimana kini pengguna di web akan dapat melihat sebuah lajur baru ditambah ke bahagian kanan, menjadikan tiga lajur diperlihatkan kepada pengguna. Lajur ketiga ini dilihat berfungsi mencadangkan beberapa perkara kepada pengguna, terutamanya mereka-mereka yang boleh diikuti oleh seseorang itu di Twitter berdasarkan kepada minat mereka. Apa pun, bagi kami yang biasa menggunakan antaramuka web, kemaskini ini dilihat agak kurang menarik berbanding dengan beberapa kemaskini lain Twitter akhir-akhir ini. Mungkin ia lebih menarik sekiranya Twitter memperlihatkan sedikit kemaskini dari bahagian “Discover” dan sebagainya pada lajur ketiga ini berbanding memperlihatkan orang yang perlu diikuti dan sebagainya.
Sumber Amanz
0 comments:
Post a Comment