Saturday, 31 May 2014

Bateri

1. Elakkan daripada penggunaan bateri.
2. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
3. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
4. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
5. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard

1. Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
2. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
3. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD

1. Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
2. Gunakan screen saver.
3. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes berapa lama yang anda mahu.
4. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
6. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead Pixel.

Haba Panas

1. Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
2. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Port

1. Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
2. Gunakan berus atau berus gigi lama.
3. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.


Sumber Hasrulhassan
Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama, anda perlu tahu cara penjagaannya. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Ikuti tips penjagaan bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.

1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.

2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.


3. Kawal Kelajuan CPU


Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode
Jika mahu meninggalkan laptop dalam keadaan terpasang, dicadangkan guna Hibernation Mode. Jika hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin


LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

9. Matikan Kemaskini/Update


Matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

Twitter hari ini telah memperkenalkan sedikit kemaskini pada antaramuka web mereka, dimana kini pengguna di web akan dapat melihat sebuah lajur baru ditambah ke bahagian kanan, menjadikan tiga lajur diperlihatkan kepada pengguna. Lajur ketiga ini dilihat berfungsi mencadangkan beberapa perkara kepada pengguna, terutamanya mereka-mereka yang boleh diikuti oleh seseorang itu di Twitter berdasarkan kepada minat mereka. Apa pun, bagi kami yang biasa menggunakan antaramuka web, kemaskini ini dilihat agak kurang menarik berbanding dengan beberapa kemaskini lain Twitter akhir-akhir ini. Mungkin ia lebih menarik sekiranya Twitter memperlihatkan sedikit kemaskini dari bahagian “Discover” dan sebagainya pada lajur ketiga ini berbanding memperlihatkan orang yang perlu diikuti dan sebagainya.

Sumber Amanz

Seperti ramai pengguna Google sedia maklum, Google sedia mencuba pelbagai perkara baru pada perkhidmatan mereka sebelum ia diperkenalkan kepada orang ramai. Terkini, ia dilihat Google sedang mencuba antaramuka baru untuk perkhidmatan GMail mereka versi web yang membawakan perubahan drastik berbanding antaramuka sedia ada. Melalui beberapa paparan skrin yang tertiris, ia kelihatan GMail baru ini membawakan bahagian akses menu pada bahagian kiri laman (yang mana boleh disembunyikan), selain paparan Hangout pada bahagian kanan. Dari segi rekabentuk, ia dilihat akan disesuaikan kepada skrin secara automatik, selain pengguna boleh membuat akses pantas melalui beberapa butang menu yang disediakan pada bahagian bawah kanan laman. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Google akan memperkenalkan kemaskini ini kepada umum, ataupun sekadar ujian sahaja buat masa ini.

Sumber Amanz


Yahoo! sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Yahoo! News Digest mereka kepada pengguna iOS, tetapi hanya eksklusif ntuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja ketika itu. Hari ini, ia berubah, apabila pihak Yahoo! memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia. Yahoo! News Digest adalah salah satu aplikasi yang menawarkan pelbagai berita yang telah disusun dengan menarik bagi sesuatu hari. Ia menyediaka ringkasan harian dua kali sehari dalam menawarkan pelbagai berita menarik untuk pengguna bagi sesuatu hari. Bersama-sama dengan pengenalan versi antarabangsa, pihak Yahoo! juga turut memperkenalkan aplikasi versi Android untuk Yahoo! News Digest ini. Bagi pengguna iOS dan Android yang berminat, boleh memuat-turunnya dan mengikuti pelbagai ringkasan berita harian menggunakan aplikasi berkenaan.

Sumber Amanz


Laman web Vine sebelum ini memerlukan pengguna untuk log masuk terlebih dahulu sebelum dapat menonton pelbagai video yang dikongsikan pengguna seluruh dunia. Hari ini, ia berubah apabila pembangun Vine memperkenalkan kemaskini pada web mereka. Melalui kemaskini baru ini, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk mengakses laman Vine pada desktop mereka, sekaligus menonton hasil karya daripada pengguna seluruh dunia. Pengguna juga turut boleh membuat carian, melihat playlist dan sebagainya dengan mudah. Pengenalan perubahan ini sekaligus memperlihatkan perubahan penawaran Vine, dan menjadikannya boleh bersaing dengan perkhidmatan seumpamanya lain, selain memudahkan lagi proses perkongsian dan penemuan video oleh semua pengguna. Disamping itu, pengenalan ini juga akan memudahkan lagi pembangun Vine untuk mula menjana wang melalui perkhidmatan mereka, berbanding versi tertutup sebelum ini.

Sumber Amanz
FourSquare hari ini mengumumkan beberapa langkah drastik dalam meneruskan perniagaan mereka, dimana kini mereka membahagikan diri kepada dua aplikasi, iaitu aplikasi FourSquare asal, dan juga sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Swarm. Aplikasi FourSquare asal dilihat berfungsi untuk memudahkan pengguna menemui beberapa tempat dan lokasi menarik disekitar mereka, dan digunakan dalam membuat carian lokasi dan sebagainya. Perkara ini juga dilihat akan membolehkan FourSquare menjenamakan semula perkhidmatan mereka daripada sebuah laman sosial kepada sebuah perkhidmatan pencarian dan penemuaan lokasi. Sementara aplikasi Swarm baru ini pula kelak akan memfokuskan kepada fungsi sosial mereka, seperti untuk daftar-masuk lokasi dan mengetahui dimanakah rakan-rakan anda berada. Halaman utama Swarm ini sendiri dilihat akan menunjukkan rakan-rakan yang berdekatan anda, sekaligus memudahkan anda bertemu dan mengetahui siapakah yang berdekatan dengan anda. Kemaskini dan pembahagian kepada dua aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan oleh FourSquare dalam masa beberapa minggu lagi, dan aplikasi Swarm dijangka akan diperkenalkan kepada iOS dan Android terlebih dahulu tidak lama lagi.


Sumber Amanz

Kamera hadapan ialah sesuautu yang normal pada peranti pintar dan komputer riba. Tetapi sekiranya anda menggunakan desktop kamera  web ialah aksesori yang mungkin anda tidak miliki. Tetapi syarikat pengeluar tetikus ternama Genius menghasilkan tetikus Cam Mouse yang menggabungkan tetikus dan kamera digital. Soalan pertama yang mungkin anda mahu tanyakan ialah “mengapa cam mouse dihasilkan?”. Menurut Genius tetikus berkamera 2 Megapixel ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej. Anda boleh mengambil gambar nota dari papan putih yang kemudian disimpan terus kedalam komputer riba. Tak perlu lagi menggunakan telefon pintar anda dan kemudian memindahkan gambar menggunakan Bluetooth. Terdapat butang kamera khas pada bahagian tepi Cam Mouse dan penutup lensa apabila ianya tidak digunakan. Penutup lensa ini pula akan menutup laser tetikus dari mebutakan orang ramai apabila anda menggunakan Cam Mouse di dalam mod kamera. Nampak seperti sebuah idea gila tetapi ingat suatu ketika dahulu ada orang berkata tablet 7 inci adalah bodoh, tiada pasaran untuk phablet dan komputer peribadi hanya akan terjual sebanyak 1000 unit. Kesemua kenyataan ini jauh memyimpang dari realiti.



Sumber Amanz


Sunday, 16 February 2014

Jahitan Kia

1.Digunakan untuk Memulakan dan Mematikan Jahitan.
2.Untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.



Cara menjahit:
Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia, Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan( 3mm –5mm). Jahitan pertama adalah seperti jeiujur halus,kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.


Jahitan Silang Pangkah

1. Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas tepi kain





Cara Menjahit:
Jahit dari kiri ke kanan. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik di bawah tepi berjerumbai. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yangtelah dibuat. Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik dan di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama. Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.


Jahitan Insang Pari

1.Untuk mengemas tepi kain atau basi kain
2.Untuk menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cangkuk.
3.Sebagai jahitan perhiasan.



Cara Menjahit:
Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri. Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit. Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.