Saturday, 9 November 2013


Windows Remote Desktop ini hanya menyokong Local Network, bermakna korang perlu berada di dalam lingkungan Wi-Fi yang sama dengan komputer host.
1. Download dan install aplikasi Microsoft Remote Desktop iOS dan Microsoft Remote Desktop Android di SINI .
2. Pada komputer host, pergi ke bahagian Remote Settings menggunakan Explorer atau My Computer.
3. Pada bahagian Remote Desktop, korang kena pilih option “Allow Remote Connections to This Computer.”
4. Jika komputer korang mempunyai “Multiple Users” korang boleh pilih users yang mempunyai akses kepada Remote Desktop.
5. Pastikan korang tahu nama Domain\Computer ataupun local IP address bagi komputer korang. Boleh gunakan command ipconfig untuk dapatkan IP. Contoh, local IP bagi komputer saya ialah :192.168.11.65.
6. Selesai pada bahagian komputer. Bagi bahagian remote korang boleh menggunakan aplikasi RD Client.
7. Pertama , korang perlu setup dulu “New Remote Connections”.
8. Masukkan IP address, user name dan password seperti yang korang telah sediakan sebelum ini.
9. Klik “Connect Once” atau “Connect Always” jika korang percayakan sambungan remote dari peranti korang ke komputer secara kekal.
10. Selesai, selamat mencuba.




Apple telah mengemaskini aplikasi Mail dalam OS X Mavericks untuk membaikpulih masalah keserasian dengan Gmail dan meningkatkan kestabilannya. Tidak lama selepas versi terbaru OS X dikeluarkan bulan lepas, pengguna Mavericks mengadu bahawa mesej Gmail di dalam Mail tidak bekerja dengan baik.



Google Hangouts 2.0 menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Antaranya adalah sokongan SMS, MMS, sokongan animasi GIF, dan turut membolehkan pengguna berkongsi lokasi semasa menggunakannya. Sokongan SMS / MMS bermaksud anda boleh menggunakan Hangouts sebagai aplikasi default anda untuk kedua-dua SMS tradisional dan mesej gambar di samping mesej segera berasaskan web. Ini berkesan menggantikan saham SMS app, dan sebenarnya pada KitKat, anda mempunyai pilihan untuk menetapkan default SMS app. Selain itu, animasi GIF kini juga telah sebaris dengannya.