Thursday, 31 October 2013


Pernah terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana  penampilan anda. Jom baca tips untuk menjadikan anda lebih macho, maskulin dan hensem.


1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.

2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.

4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?


5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.

6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan dapatlah surat berhenti kerja.

7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh - Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian scarf. Mesti akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.

8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut.  Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.

9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.  

Monday, 28 October 2013



Cara ini membolehkan perkongsian folder bagi komputer yang berada dalam LAN/WLAN yang sama, bukan melalui Internet seperti Dropbox. Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Right-click pada folder atau drive yang korang ingin kongsi, pilih “Share with”, dan klik “Advanced Sharing…”


2. Klik butang “Advanced Sharing…”


3. Tandakan pada kota “Share this folder”, dan pada ruangan “Share name” berikan nama bagi folder yang dikongsi tersebut. Klik OK.


Seterusnya, cara untuk mengakses folder/drive yang telah dikongsi.

1. Bagi komputer yang hendak mengaksesnya, pergi ke bahagian Network. Buka komputer mana yang berkongsi folder tersebut.


2. Kini korang boleh melihat folder yang telah dikongsikan tadi, dan mengakses segala fail-fail yang terdapat di dalamnya.


3. Korang juga boleh membuat shortcut ke folder tersebut dengan meletakkannya pada bahagian Computer korang. Right-click pada folder dan pilih “Map Network Drive…”, kemudian pilih apa-apa huruf bagi drive tersebut dan tekan Finish.






Pastikan korang selalu berhati-hati dan waspada terhadap Key Logger dan Virus sebelum download apa-apa fail. Lebih bahaya jika korang memiliki data-data penting yang tersimpan di dalam komputer korang atau korang selalu mengakes akaun penting korang seperti email,internet banking, ataupun akaun social korang. Mesti banyak yang tertanya-tanya macam mana nak check file ada virus sebelum download? Untuk langkah yang selamat korang perlu scan file yang hendak di download di SINI.


Monday, 21 October 2013


Ketua Pegawai Eksekutif HTC Peter Chou dan Pengerusi Cher Wang menjelaskan tentang rancangan untuk mengeluarkan tablet dan peranti pelengkap. Walaupun HTC agak lemah dalam memasarkan produk, tetapi produk yang dihasilkan oleh mereka sangat berkualiti dan memberikan rekaan yang menarik berbanding yang lain. Cher Wang yakin ia akan menjadi yang terbaik apabila ditampilkan nanti, namun ia tidak dapat dipastikan lagi bilakah tablet dan peranti pelengkap itu akan diperkenalkan dengan rasminya.






GarageBand akan menjadi aplikasi built-in seterusnya yang percuma pada peranti iOS terbaru. Apple telah mengemaskini ikon untuk iLife dan aplikasi iWork, dan menurut MacRumors lamanweb itu juga menyatakan bahawa Apple's music making suite boleh dimuat turun dengan percuma. Walau bagaimanapun, perubahan harga mungkin harus membiarkan sesiapa sahaja hidup dengan impian mencipta muzik mereka sendiri.


Saturday, 19 October 2013






Pihak Microsoft telah menerbitkan Windows 8.1 kepada umum, membolehkan semua pengguna Windows 8 sedia ada untuk menaiktaraf pemasangan mereka kepada Windows 8.1 melalui Windows Store. Windows 8.1 memberikan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya, termasuk lebih kawalan untuk mengubah gambar latar dan turut membawakan beberapa aplikasi baru bersama-sama dengannya. Naik taraf sistem operasi Windows 8 anda kepada Windows 8.1, buka aplikasi Windows Store dan mulakan proses menaiktaraf.






Pihak Microsoft telah melancarkan aplikasi Remote Desktop mereka untuk peranti Android dan iOS, aplikasi ini membolehkan desktop Windows diakses melalui telefon pintar atau tablet dengan mudah. Fungsi ini boleh ditujukan kepada pengguna perusahaan dan perniagaan yang mungkin perlu mengakses komputer mereka ketika berada di luar dan sebagainya. Pengguna boleh mengakses desktop mereka dengan aplikasi ini, dan mengawalnya menggunakan skrin sentuh pada tablet dan telefon pintar mereka. Sebelum itu, pengguna perlu menetapkan Windows PC mereka sebagai hos, dan seterusnya pengguna boleh mengakses ia melalui peranti mudah-alih mereka. Aplikasi ini boleh digunakan pada Windows 8 dan Windows 7.



Download aplikasi ini secara percuma pada peranti Android dan iOS anda.

Android Remote Desktop
iOS Remote Desktop


Friday, 18 October 2013

Bayangkan jika tiada jurutera di dunia ini, kebanyakan daripada kita tidak menyedari kepentingan jurutera kerana mereka kadang-kadang berfikir kejuruteraan ini adalah satu yang kompleks, jurutera membina sesuatu benda itu kerana untuk kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu sahaja. Tetapi sesuatu yang kompleks dan bersifat peribadi itulah yang diperlukan semua orang. Kerana jurutera tetap manusia biasa. Di bawah ini adalah gambaran jika tiada jurutera di dunia ini versi kartun.

                                      
 Dunia tanpa Jurutera Awam (civil)


Dunia tanpa Jurutera Komputer
 Dunia tanpa Jurutera Elektronik
Dunia tanpa Jurutera Komunikasi
Dunia tanpa Jurutera Aeronautik
Dunia tanpa Jurutera Automotif

                              

Dunia tanpa Jurutera Elektrik


Bersyukur dan hargailah jurutera yang ada di dunia ini. Gunalah ciptaan-ciptaan mereka sebaik mungkin.